KASIH

KASIH

Rabu, 13 Oktober 2010

Ibu Kita & Kita Sebagai Ibu

Hari ni sy terbaca sesuatu dr e-mail sy dan sy rasa kita ptt berkogsi kisah2 tauladan utk pengajaran kita bersama. Bila kita sudah menjadi ibu barulah kita tahu bertapa sukarnya menjadi ibu yg baik, pada masa tu baru teringat kisah2 silam kita semasa kita bersama ibu kita. Sukarnya nk mendidik ank kita spertimana ibu mendidik kita..berbeza sgt. Org kt zaman dulu dgn zaman skrg cabaran dh lain, klu dulu ank patuh pd ajaran org tua tp ank zaman skrg cepat melawan, sukar mendengar kt, mcm2 lagilh. namun apa yg nk sy sampaikan ni mungkin mmberikan sedikit kaedah utk kita sbg ibu mdidik ank & juga cara menghormati ibu kita.

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, oleh itu sbgi ibu jgnlh smpi kita jthkn air mata kita dan sbgi ank jgnlh sampai ibu menitiskan air mata krn angkara kita. Biarlh ibu menitiskn air mata kerana kegembiraan mlht kejayaan kita. Sewaktu hendak tidur cubalah tatap muka ibu, ank atau suami kita yg sedang tidur krn wajah org tidur menampakkan segalanya.

Ada tiga mata yg tidak dijilat api neraka iaitu:
  • Melihat Kaabah sehingga menitis air mata
  • Membaca Al-Quran sehingga menitiskan air mata
  • Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata
Org yg selalu menatap dan mmandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya...bagi sesiapa yg masih ada ibu, pandanglah selalu muka ibu anda krn ssghnya peluang utk kita menatap wajahnya mungkin dtg sekali shj dan mungkin kita tidak akan berkesempatan utk melihatnya lagi apabila ibu sudah tiada.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk utk mnunjukkn ssuatu pd ibu. Klu kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yg terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dgn syarat letakkan ibu kita di tempat yg terbaik. Ada kaedah yg mana kita boleh minta pd Allah ungkit kebaikan yg menimpa dgn tujuan utk makbulkan doa kt. Kaedah itu dipanggil "Wasilah Amal"
"Ya Allah smlm aku sudah bsedekah sbyk RM1, klu itu 1 kebaikan jdiklnh ia pnybab makbulnya diaku ini"
Klu ditimpa sakit, baca la "Innalillahiwainnaillaihirojjiun"..berkatalah
"Ya Allah, berilah pahala besar utk sakit yg aku tanggung ini"
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"

Brg siapa tidak mendoakan ibu slps solat maka dikira anak derhaka. Doakanlh utk ibu kita yg masih hidup mahupun yg tlh meninggal dunia.
Doa org yg mati makbul utk org yg masih hidup. Cth: Apabila kita ke Pusara ibu kita akan berbicara dengannya. Mintalah mereka merestui diri kita sesungguhnya mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Jika ibu kita sudah meninggal & semasa hayatnya kita ada peruntukan wang utk dia, bila ibu tlh tiada maka teruskan mmberi peruntukkan tersebut sbg sedekah. "Ya Allah aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni smpi kpd ibuku". Klu kita ssh nk bersedekah, bygkn wajah ibu kita bru kita ringan tgn nak bersedekah.

Allah pjgkn usia ibu & bapa kita supaya dia sakit dan nyanyuk utk beri syurga pd ank2nya. Jagalah mereka dgn baik InsyaAllah syurga blsannya. Oleh itu bila ibu/bapa sakit berebutlah menjaganya, besar pahalanya.
Oleh itu sama2lh kita menjaga ibu bapa kita sewaktu ada hayatnya..mencari pahal mmg ssh tp mmbuat dosa mudah sekali Oleh itu beringat-ingatlah kita pada amalan kita, berpesan-pesanlh kpd kebaikan. Semoga Allah merahmati kita dan ibu kita. Amin Yarobbal Alamin.

Rabu, 25 Ogos 2010

Bulan Ramadhan yg penuh dugaan

Lama sangat x open blog nih..mlspn ada..kekeringan ideapn ya. Hari ni dh genap 15 Ramadhan kita umat islam mnymbt bln yg mulia ini. Namun hati kecil ku berasa sgt sedih bila sy tidak dpt menyahut seruan ini. Awal puasa sy terpaksa puasa stgh hari bila keadaan kshtan yg tidak mengizinkn. Tgh mabuk buatkan sy sukar utk buat sebarang kerja mhupn utk berpuasa.
Terasa penat gak layan perasaan loya nih. Tp alhamdulillah hari ke 2 sy posa penuh, wlpn muntah yg agk teruk sy thnkn diri hingga waktu berbuka. Hingga ari ni boleh kira berapa kali sy posa n berapa kali sy x posa. Sepanjang posa nih sy mmg x sentuh dapur, cuma kadang2 tu jlh sy msk sbb lapor, klu x sy beli jr kt pasar ramadhan.
Bila bln posa nih teringat kt arwah mak..rasa cm bru jr lgi mak pergi. Sedih sbb thn nih kami beraya tanpa mak disisi, xlh nk kucup tangan mak, xdpt nk mkn gulai ayam masak lemak, masakan lodeh mak yg paling sedap, lemang, ketupat. Mungkin kami adk beradk leh buat semua juadah tsbt tp lain rasanya sbb bukan dr air tgn mak. Mak suka mkn kuih baulu, setiap thn mak akn buat kuih tu, wlpn benda tu remeh nk buat tp mak akn buatkn demi ank2nya.

 
Kuih baulu, ketupat, lemang mmg menjadi juadah wajib bgi mak. Sypn dh boleh buat lemang sendiri tnpa dgn bantuan gak ler, itu semua mak yg ajar. Thn ni gliran abg yg no 2 buat lemang, dia mmg terer tp sj x nk tunjuk. Akk berthu thn ni mcm biasa buat lemang, ketupat, rendang, gulai, cuma kuih jer kami buat kuih tunjuk(beli kt kedai). Alhamdulillah thn ni wlpn mak xdr dgn kami tp kami adk beradik ttp kumpul bersama utk meraikan hari yg mulia nih, ziarah kubur arwah abah, mak dan wan. Cuma sy xdpt bersama dgn adk brdk yg lain pd hari raya pertama tu sbb thn ni giliran utk beraya di umah mak mertua. Sblm nih berturut-turut smbt raya di umh sy, tp kli nih terpaksa ikut my hubby. Kesian gak kt dia, teringin nak sambut raya pertama ngn maknya. Mungkin raya kedua bru blik kg sy, ziarah kubur arwah abah, mak n wan.
Sy rindu sgt dgn mak, bila dgr lagu raya, sy xlh thn air mata dr jatuh. Rasa cm mak ada jer. Mak nk tahu, x lama lagi mak akan dpt sorang lagi cucu. Cuma x tau jantina apa, msh baru lagi. Apa2pn, sy doakan mak, abah & wan akan dirahmati oleh Allah dan ditempatkan diantara org2 yg beriman.
"Beruntunglah bagi mereka yg masih mempunyai ibubapa. Namun jgn dilupakan mereka hanya kerana kita telah berkeluarga. Ingatlh jasa2 mereka, sewaktu kita kecil melayan kita dgn penuh kasih syg. Maka begitulah yg harus kita balas kpd mereka. Balas mereka dgn kasih syg juga. Sentiasalah memohon ampun dan maaf kepada mereka selagi mereka bernyawa krn sesungguhnya bila dia telah dijemput oleh yg maha pencipta, tiada lagi kata2 yg dpt diucapkan selain menatap tubuh yg kaku tanpa suara, mata yg tertutp rapat, tangan yang hanya memeluk tubuh." Jasamu ttp ku kenang hingga ke akhir hayat. Al-Fatihah utk abah, makdan wan.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Kisah Sakit Ibu

Lama, x open blog nih, maka lama jugalah x mencorat-coret. Hem sibuk membataskan utk sy terus mencoret disini lagipn idea utk nk mengarangpn tiada so terpaksa sy pendamkn dulu. Lagipn keadaan kesihatan sy yg sejak akhir ni berubah angin menyukarkan sy utk menghasilkan idea utk dicoretkn. Maklumlh nk tambah lagi ahli baru dlm family sy, so bnyk ler kes pantang larang nih. Sy nih jenis mabuk teruk..pening dibuatnya, perut lapor tp xdr selera nk mkn..mkn jer muntah..hem kerenah ank.
Bila sy dh terasa utk berbadan dua, sy teringt kt my mom bagaimana kisahnya dia menjaga sy hingga dia jatuh sakit. Klu diingatkn semula terasa menyesal sgt mntk mak temankn sy..x sangka perkara ni akan berlaku pd my mom. Tempoh utk sy bersalin ank sulung hampir dekat, so mak cdg nk temankn sy yelh sypn x tau apa2, my husband lagilh cuak gak dibuatnya. Dlm keadaan badan mak yg x berapa sihat dia temankan sy dirumah sewa sy. Pada mulanya semua dlm keadaan baik shj. Setelah sy kenalkan mak pada jiran2 sebelah maka bermulalah tragedi yg x disangka-sangka. Jiran sebelah umh sy tukang urut, berasal dr Indonesia. Org ramai kt dia pandai urut tp sy x pernah tergerak dihati utk mengurut dgn dia lagpn sy pregnent mana leh urutkn.
Tuan umh yg sy sewa sarankn pd my hubby utk ambil bibik tu jadi tukang urut sy bila sy dh selamat bersalin. Semasa mak sy tinggal dirumah sy, ada gak sy pesan ngn mak jgn sesekali urut dgn bibik tu. Sy jenis x percaya dgn org seberang nih, wlpn dia perempuan dan alim nmun kata hati sy mnytakan yg bibik tu mnyeramkn sy. Namun amaran sy tidak diendahkn oleh my mom. Tanpa pngtahuan sy mak mengurut ngn bibik tu..bibik tu siap dtg umh, tidur baring di rumah sy. (Wah bnyk cantik tidur umh org). Slps urut kbtln sy bru blik keje, mak ngadu pd sy badan mak sakit2. Sy tanya mak jatuh ker? Tidak. Bibik tu urut mak tadi, terkejut beruk sy. MasyaAllah sudah, sy dh mula pkir yg bukan2.
Sy tanya mak knpa urut kt org tu..mak kt mak x nk urut tiba2 jer dia dtg borak2 pas tu dia cdgkn utk urut mak..dia kt badan mak ni kosong bnyk angin...dia kt org yg sllu urut mak msti x pandai urut. Dekat seminggu lebih mak dok ngeluh badan2 mak sakit. Hinggalah tiba masanya sewaktu nak tidur mlm, tiba2 shj mak x boleh nk duduk tegak...sy dh pelik, tanya mak knp? Enth dia rs nk rebah jer. Sy paut bdn mak spya dia sng nk duduk. Paginya mak sy dh mcm x brapa sihat..ashk terbaring jr. Sy x shak apa2 hinggalah kakak jmpt mak blik kg sbb abg dr KL nk jumpa mak.
Sy hya htr mak kt Seremban jer, sbb kakak dh tungu kt situ. Esoknya dpt pangiln dr kakak katakan yg mak demam, rebah x bgn. Sy dh cuak, sy tanya teruk ker x..ptg tu gk gi anta mak gi Hospital Kuala Pilah.2 hari mak terlantar kt hospital, adk beradk x bnrkn sy balik mereka kt mak ok, tiada maslh nnti keluarlh..sy legalh bila dgr jwpn mcm tu. Selang berapa hari mak keluar wad, tiba2 kak ipar call kt mak nk jumpa, mak sakit, xlh bangun. Tghari tu jugak sy terus kemas brg mntk cuti emergency n terus ambil cuti bersalin. Smpi di kg, mak dh dimaskkn ke wad semula, dlm perjalanan ke sana dpt call mngtkn mak akan dihtr ke Hospital Seremban utk ujian CT Scan kt kepala, doktor kt kemingkinan terdapat pendarahan dlm otk. Pd masa tulh sy diberitahu mak terkena strok yg teruk.
Sy sempat berbual ngn mak, dia kt nk balik umh, nk jg cucu baru dia. Sy dh nk nangis ms tu. Sy ckp blm nk bersalin lagi mak kena duk hospital smpi mak sembuh, bila dh smbh kita lh balik. Mak senyap terus dia tidur. Sy cium dahi mak sy ckp sy minta maaf sbb sy mak jadi mcm nih.

Selasa, 27 Julai 2010

Anak Demam

Lama x corat-coret kt blog nih..biasalah time byk keje nih mls plk nk ngadap blog nih..tp ari ni nk story more pasal my handsome boy. Ingt nk smbg kisah my mom tp xplh sok2 kita story more lh bab tu.
Masuk ari ni dh 2 ari, my bby demam panas..cian dia, dan cian gak kt sy..x tidur mlm jg si kecik tu..meragam jer. Selalunya masuk jer bln baru dia mesti demam, biasalah nk masuk umur baru..skrg dh nk masuk 9 bln my bby nih, so demam lagilh, tp yg ni pelik ckt..dmam terlampau, hgga sy trpksa ambil cuti. Cian sedih jer, ashk merengek, semua srba x kena. Minum susu mntah, baringkan dia nangis..nk kena dukung jer. time nilah dia nk manja ngan ibu n ayahnya..kn bby.
Sblm ni ada bwk gi klinik, tp biasalah klu dh doktor hnya pd nama jer, periksapn ala kadar jer, ubat yg diberipn x berkesan sgt. Soknya sy tekad tukar klinik lain, yg ni mmg sy puji wlpn doktor bangsa India, tp dia mmg perfect doktor coz dia mmg teliti semua sakit my bby. Sampaikn termunth my bby..habis bju ayahnya kena muntah. Haahaha suka2 tgk ayahnya kena muntah ank...tp bby sy x suka doktor tu, agaknya dia tkt tgk muka doktor tu..yelah dr fizikal doktor tu mmg besar, bby tgk dr atas sampai bwh terus dia nangis.
At last doktor bgi ubat peluru ikut dubur ank sy, pas tu bagi ubat "ibuprofen". Sedap rasanya, perisa orange, ank sy suka..rasa manis sgt. Sypn tumpang sekaki rasa yummy..yummy. Lepas 4 jam beri ubat, my bby tidur lena, bila bangun terus nak makan...hbis nestum yg sy buat, mmg sh ank sy tgh lapor...panas bdnpn dh berkurang. Kawan sy pesan sapukan air asam jawa pd badan ank utk redakan panas pd badan..alhamdulillah panasnya dh berkurang, dan ank sy mula aktif semula...klu td dok monyok jer...welcome back my bby..hilang rasa gelisah gundah gulana, bila tgk mulut ank dh mula becok kembali...nk lawan mulut wan yg becok tu ker...jgn, nnti ayh pening kepala.

Manja ibu ni nk tumbuh gigi lah bu..tu yg becok ckt..huahuahua pas ni my bby dh pandai nk gigit2 ibu dier ler plak. Apapun moga ank ibu sihat, cergas n becok sllu. My bby nk jumpa ank kawan ibu x..comel sgt cm bby gak..kecik2 dulu, perasan jer.Nti ada masa kita gi melawat yer. Khas buat kawan ku yg tersayang azie..rasa lom terlambat nk ucap congrat..atas lahirnya putera yg comel n montel cam ayahnya. Tunggu ler kedatangan Muhammad Aizuddin, cornfirm perang besar nnti kt umh ko..ank aku ni xlh tgk bby kecik, mesti dia nk ramas. Geram...ok next blog sy ingt nk smbg kisah my mom..mesti nk tau disebalik misteri yg berlaku pd my mom, hingga dia pergi menemui Illahi. Al-Fatihah utk my mom.cccc uuu

Rabu, 21 Julai 2010

Tinggal Kenangan

Hari ni gnap 94 hari mak pergi mghadap Ilahi. Semoga Allah mnmptkn mak diantara org2 yg beriman. Terasa cm baru jer mak pgi, minggu depn kami adk beradik nk buat kenduri arwah mak genap 100 hari, ini biasalah adat org melayu buat kenduri ikut genap brapa ari org yg disyg pergi. Kami ni mgkut jer, sbnrnya kami buat ni pn bukan sj2, just nk kumpulkn adk beradik, jamu org kg makan, smbl bersedekah. Itu adlh antara amalan arwah mak semasa hayatnya Mak mmg suka bersedekah, terutama ngn ank2 yatim, org susah. Mak x prnah lokek bab duit dan mkanan. Klu ada mkanan lebih mak sedekahkan pd mereka yg mmerlukan mkanan.
Bila mak xdr kami adk beradik still lagi mnruskn amalan mak tu. Kami hulurkan bantuan pd mereka yg mmerlukan. Jika ada duit lebih, kami sedekahkan pd umah ank2 yatim, sedekah kt org kg...semua tu pahala kami sedekahkan pada arwah mak. Moga mak gmbira dgn apa yg kami buat nih. Cuma ada satu permintaan mak yg xdpt kami tunaikan, mak masa hayatnya teringin nk gi Port Dickson, tp masa tu mak sakit cm ner kami nk bawak mak..lagipn doktor x benarkan mak di bawa keluar. Kami sabar mnnti gar mak dpt keluar awal, tp doktor msh thn mak. Masa tu sy tgh tunggu hari nak bersalin. Dlm keadaan sarat sy gagahkan badan ni utk jg mak kt hospital, sbb mak klu boleh nk tgok ank2 dia sntiasa ada depan mata mak.
Dlm sedih ada lucunya bila masa sy nk melawat mak, semua nurse yg ada kt hospital semua mnunjukkn arah bilik utk org bersalin. Mereka ingt sy dh nk bersalin, hubby sy gelak besar jrr. Mula2 kt hospital seremban, guard tu siap nk bwkn kereta troli tu lagi, sy kt just nk pi lawat mak buat ct scan. Pas tu bila sampai kt hospital Kuala Pilahpn sama, attenden tu dh ready dr jauh tgk sy ngn perut buncitnya..siap tanya lagi dh due ker, isi borang. Hahahaha, gamat kejap hospital 2. Sy siap pesan ngn bby sy, selagi wan x keluar hospital, bby jgn keluar dulu, sian kt wan xdr sapa nk jga. Alhamdullillah myb ini yg diktkn cucu wan dgr kata ibu..stlh selang bberapa hari mak kluar dr hospital, sy dh mula rasa sakit nk bersalin. apa lagi semua adk beradik sy kelam kabut siapkn semua perlatan sy utk htr gi hospital.
Masa tu sy rasa sedih sgt..sbb xdr sapa di sisi sy..sy nangis, my hubby masa tu dh balik keje. Nasib baik ada ank buah tmankan. Terasa hiba sgt, duk sorang2. Dh ler 1st time nk melahirkan bby..tersa sakit yg amat sgt masa tu, tp doktor kt bukaan sy bru 1. Rasa cm nk cekik jer doktor, kita dh tgh azab thn sakit. Xplh ini sbhgn dr pngajaran, bila lagi nk merasa 1st time lahirkn bby.

Selasa, 20 Julai 2010

Bantuan Kecemasan Angin Ahmar

Terdapat 1 rislah berkenaan bantuan kecemasan ketika sesorg terkena angin ahmar..dan sy berasa teruja utk menyampaikan mesej tersebut di blog ini..krn ia adalah ilmu yg sgt berguna pd kita..dan penyakit ini juga yg telah meragut nyawa ibu sy. Sy terjumpa risalah ini sewaktu melayari email..dan sy rasa semua org ptt tahu mengenaiinya..sbb perkara sebigini kita x jngka akan berlaku myb pada family, kawan atau diri kita sndiri.

Apabila sesorg terkena angin ahmar, kapilari darah di dlm otaknya mghadapi risiko utk pecah. Bila anda berhadapan dgn seseorg yg baru terkena angin ahmar & tidak sedarkan diri, 1st sekali jgn panik & bawa bertenang. Tidak kira dimana mangsa itu berada, jgn alihkan ke tempat lain, krn pergerakan pd ketika itu boleh menyebabkn kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa utk duduk & sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntukan (alat yg terbaik), jarum jahit atau pin baju yg tidak berkarat, segera panaskan dgn api utk disterilkan. Kemudian dgn berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1mm dlmnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu bberapa minit shgga mangsa sedar semula.

Jika perlaku perubahan pd bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan, kemudian cucuk kedua belah telinga dgn jarum shgga mgluarkan 2 titis darah. Bbrapa minit kemudian InsyaAllah, mangsa akan sedar semula. Tunggu shgga mangsa benar2 sedar kmudian bawa mangsa ke hospital.

Memanggil ambulans semasa mangsa pengsan 7 mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sbnrnya boleh mnybbkan kapilari darah di otak mangsa pecah 7 berlaku pendarahan. Suakr utk mangsa pulih apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, wlpn dia mampu berjalan semula.

Penyakit ini ada kemungkinan utk mengenai sesiapa shj. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakanya segera, dlm jangka masa pendek, mangsa2 boleh kita selamatkan dgn izin Allah & ada harapan pulih spt sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sbgi penyebab utama kematian di kalangan kita.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut dan setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi maut.

Ahad, 18 Julai 2010

Yg Hidup Pasti akan Pergi

Yg hidup pasti akan pergi jua..itulh hakikat khdupan kita..sdg kita leka dgn duniawi ini kita trlupa seketika akn khdpn di alam barzakh. Pemergian insan yg kt syg tidak dpt dihalang dgn titisan air mata. Hanya sekadar doa sbgi pengiring utk mereka menuju ke alam lain. Stlh skian lama bersama kini kita berpisah yg pasti tidak akan kembali lagi. Itulh hakikat yg perlu sy terima..setelah khlgan kedua-dua insan yg amat disyngi.
Arwah abah kembali ke rahmatullah sewaktu usia sy 9 thn..ms tu x terasa apa, zmn kanak2, lebih bnyk main dr meratapi kematian. Menangis bila tgk abg nangis..hakikatnya sy x tau apa2 ttg kematian. Arwah abah meninggal sbb sakit tua..setelah sekian lama terlantar sakit, akhirnya Allah menjemput abah. Arwah abah mnggal pd hari isnin 8/8/1988 dan dikbumikn pd hari selasa 9/8/1988. Masa tu sy x tau knpa arwah abah dikebumikan agak lewat, smpi hari ni pn sy mash x tau lagi..sbb sy x pnh nk bertanya samada dgn abg atau mak.
Setelah sekian lama arwah abah meninggalkan kami sekeluarga..genap 22 thn, arwah abah menjemput mak utk ikut bersamanya. Tarikh 19/04/2010 bersemadinya seorg ibu yg telah byk berjasa kpd sy & adk beradik yg lain. tarikh itu juga telah mengingatkn semula semua memori suka duka sewaktu mak mmbesarkan kami adk bradk tnpa bntuan abah..kuatnya smgt mak. Susah payah, penat lelah selama ni akhirnya berkubur bersama jasad mak.
Arwah mak & arwah wan..kini selamat bersemad bersama


Mak pergi setelah genap 6 hari arwah wan pergi...mungkin mak terlalu sedih, bila semua org yg disyngi tlh pergi mninggalkan mak...mula2, kwn baik mak pergi dulu kemudian, wan, pastu mak plak. Sy terasa sgt khlgn mak sbb mak pergi dlm keadaan sakit yg teramat. Shgga hari ni sy x dpt nk maafkn diri sendiri sbb sylh punca mak sakit..& sbb nak jga syllh mak di timpa musibah. Terus terang sy mmg x dpt nk maafkan org yg menganiaya mak..tp sy serahkan semua ini pd Allah..biarlah Allah yg mmbalas sgla pbuatan org tu. Takkan selamatlh org yg menyeksa mak.dunia akhirat.